Header image 

Jaringan Sokongan:

BlogDSAI


SuaraKeadilan

Harahdaily

LamanMarhaen


PKR Bah. Bayan Baru
Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Malaysia-Today
Malaysiakini
TV Pas.Com

Go Malaysian
chegubardblog
malaysiabiz-aloha
cucumatkilau
haninasution
perakexpress
matcomot
perisik-rakyat
zorro-zorro-unmasked
harismibrahim
nnora75reform

YB Fuziah Salleh
Media Rakyat
no2umno
YB Sim Tze Tzin
YB Yusmadi
YB N.Gobalakrishnan
YB Zulkifli Nordin
YB Tian Chua
Pengupas
Mat Sama Kati
Pakatan Online
Siasahdaily
Hijat
Skuad Batu Caves
AMK Kuala Langat


BERITA

Perutusan Khas, EDITORIAL www.PERMATANGPAUH.com

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kerana telah mengangkat Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat seterusnya menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Pasukan web ini adalah dibawah arahan dan penerbitan Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang berfungsi sebagai saluran maklumat yang dibina khas kepada pengundi, petugas dan penyokong sepanjang pilihanraya kecil ini.

Sokongan dari semua pihak amat kami hargai, kami turut mengucapkan terima kepada team-team ipglobal.tv, anwaribrahimblog.com, suarakeadilan.com, anwaribrahimclub.com dan lain-lain lagi yang telah bersama-sama membantu dan berkongsi maklumat dalam Edisi Khas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Kedudukan permatangpauh.com berbanding laman umno melalui cerapan alexa

Objektif pembinaan web ini telah pun berjaya apabila menerima capaian hampir 100,000 pengguna sehari dan memegang 0.0033% peratusan pengguna internet global, selain berada dalam rangkin kesibukan pada kedudukan 746 teratas di Malaysia, berbanding laman web umno-bn yang dibina seumpanya hanya berada pada kedudukan 17,300 sahaja.

Sepanjang tempoh ini, PERMATANGPAUH.com juga mengatasi capaian pengunjung beberapa blog pro-reformasi yang terkenal.

Manakala, PERMATANGPAUH.com menguasai 81.5% pengguna tempatan, selainnya menerima capaian antarabangsa daripada Amerika, China, Australia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan lain-lain negara.

Sekali lagi, pasukan web PERMATANGPAUH.com mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang sudi melayari laman ini sepanjang tempoh pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sebelum "Tsunami Permatang Pauh" melabuhkan tirainya, kami mohon maaf sekiranya terdapat kekurang dan apa-apa yang tidak kesampaian pada laman ini sepanjang tempoh berkenaan.

Selepas ini, pengendalian laman ini mungkin akan diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat Bahagian Permatang Pauh untuk menguruskannya selepas tujuan awalnya adalah untuk menggerakan "Laman Web Rasmi Pilihanraya Kecil P44. Permatang Pauh".

Teruskan memberi sokongan anda kepadanya.

"MERDEKA!!"

WEBMASTER
www.PERMATANGPAUH.com

 
 
Program Terkini
 
Pemberitahuan
 
Pandangan