|
PERMATANG PAUH 25 OGOS - Menurut Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak Kes Saiful Bukhari Azlan adalah disifatkanya antara Saiful dan Anwar.
Bagaimanapun, yang menghairan kita mengapa Najib begitu bersungguh-sungguh mendapatkan Mufti Waliyah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh untuk menyanggah kenyataan Imam Wilayah Persekutuan, Ustaz Ramlang Porigi yang diarah menerima sumpah Saiful itu.
Mengapa Najib begitu bersusah payah memastikan kenyataan Imam berkenaan, Ramlang disanggah terutamanya berkenaan kaedah syarak untuk melakukan sumpah mubahalah.
Media pro-UMNO begitu bersungguh-sungguh menyifatkan sumpah Saiful adalah mengikut kaedah Islam.
Kebanyakan para ulama menyifatkan Sumpah Laknat tersebut adalah tidak mengikut syarak.
Hari Ahad lepas, dalam temuramah eksklusif Ramlang telah mendedahkan persekongkolan pembantu Najib menguruskan majlis angkat sumpah Saiful yang berlangsung sehari sebelum penamaan calon. |