|
PERMATANG PAUH, Seberang Jaya 23 OGOS - Unit AMK di Seberang Jaya berjaya memberkas sekumpulan pemuda UMNO bersama seorang pemandu lori ketika sedang mengantung banner berunsur hasutan dan mengelirukan.
Sebelum ini permatangpauh.com telah mendedahkan usaha UMNO yang sanggup menggunakan identiti parti lain untuk agendanya sendiri.
Parti Keadilan Rakyat sebelum ini juga mengarahkan mana-mana banner yang tidak mendapat kelulusan pimpinan supaya tidak dinaikan.
Kejadian tersebut berlaku pada 4.30 petang di Jalan Utama, Bandar Sunway setelah ditangkap lori berkenan di bawa ke balai Polis Seberang Jaya.
Banner yang mengandungi bahan sentimen perkauman tersebut turut diserah kepada pihak polis selepas laporan dibuat.
|