|
Arop
PERMATANG PAUH, Seberang Jaya 22 OGOS - UMNO semakin terdesak menaikan banner tidak bertanggungjawab mengenai sentimen dan berbaur perkauman dengan menggunakan identiti Pakatan Rakyat dalam kempen mereka. Bagi banner yang menonjol PAS secara agrasif dilentakkan di kawasan
majoriti bukan Islam.

Manakalah banner-banner yang kononya menyifatkan hak-hak orang Melayu dihakis diletakkan di kawasan-kawasan majoriti Melayu.
Itulah sandiwara UMNO, cukup terdesak untuk menonjolkan maksud dalam kempen mereka secara bertanggungjawab.

Pimpinan Tertinggi telah dimaklumkan kewujudan banner tersebut, dan menafikan mengeluarkan arahan untuk bentuk banner berkenaan dikeluarkan.
Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat telah diarahkan menurunkan banner-banner seumpama itu, atau mana-mana banner yang menggunakan logo Pakatan Rakyat tanpa kebenaran. |