|
Kubang Semang, 21 Ogos - Warga Kubang Semang telah disatukan dengan program hari keluarga di perkarangan Masjid Kubang Semang dengan kehadiran seramai lebih kurang 300 orang yang datang memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan disediakan oleh penganjur antaranya pertandingan mengupas bawang, musang berjanggut dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Cabutan bertuah turut disediakan kepada orang-ramai.
Majlis tersebut dirasmikan oleh ADUN Permatang Pasir, YB Hj. Hamdan.
Para hadirin turut dikunjungi oleh calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan diiringi Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
|