|
PERMATANG PAUH, Kubang Semang 21 OGOS - Difahamkan 5000 orang cawangan khas (SB) termasuk dari Bukit Aman dikatakan telah turun ke segenap pelusuk Parlimen Permatang Pauh untuk tujuan yang tidak diketahui.
Orang ramai menimbulkan persoalan, samada Permatang Pauh sudah dianggap sebagai kubu kuat Komunis atau kawasan ketua penjenayah besar.
Sekiranya mereka ditugaskan untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil Permatang Pauh, perlukah anggota cawangan khas dikerahkan sebegitu ramai?
Selama beberapa penggal Permatang Pauh berada dalam takluk PKR, dikuatiri kehadiran mereka pula yang menimbulkan kekecohan dan provokasi terhadap petugas-petugas.
"Ada beberapa petugas kita yang sengaja ditahan semalaman tanpa sebab sebelum dibebaskan pada hari berikutnya" menurut Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Malik Kassim.
UMNO-BN sudah dalam keadaan terdesak dengan sambutan dingin rakyat Permatang Pauh terhadap kempen mereka, kini mereka menukar taktik untuk menakut-nakutkan pengundi agar tidak keluar mengundi.
Pasukan Polis termasuk FRU telah digunakan seluruhnya bagi tujuan kempen pilihanraya ini.
|