|
PERMATANG PAUH, Kampung Pertama 21 OGOS - Sikap biadap yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda UMNO membuktikan mereka kini cukup terdesak apabila majoriti rakyat Permatang Pauh menolak cara berkempen mereka yang memainkan isu fitnah dan isu perkauman.

Dalam kejadian kelmarin petugas-petugas PKR yang terdiri daripada wanita telah diganggu setelah didatangi oleh sekumpulan 30 orang pemuda dengan tujuan untuk mencetuskan pergaduhan.
Selain menghemburkan Kata-kata kesat kepada petugas PKR, cercaan juga dilemparkan terhadap calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun kecekalan, kesabaran dan kebijaksanaan petugas-petugas PKR berjaya menangkis segala tohmahan yang dilemparkan seterusnya mengendurkan ketegangan tersebut.
Selain menasihatkan pemuda UMNO agar bersikap terbuka untuk menerima perubahan sikap rakyat sekarang. - munir
|