Pertemuan DSAI Pekerja Kilang Nikkol: Perubahan Pesekutuan akan mengubah nasib pekerja
PERMATANG PAUH, 18 Ogos - Yayasan Aman - Perubahan Kerajaan Persekutuan nanti baru boleh mengubah nasib golongan pekerja ini.
Begitulah luahan ringkas pekerja ini yang sendiri hadir untuk mengadakan satu perjumpaan dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dan YB Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Pekerja tersebut adalah antara 400 pekerja kilang yang dibuang oleh majikan mereka tanpa sebarang pampasan, Nikkol Sdn. Bhd. kebanyakan daripada mereka adalah tinggal di Perak.
Menutut pegawai MTUC yang bersama-sama mengiringi pekerja ini, Vijayan menyatakan mereka berpuas hati dengan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar.
Mereka begitu mengharapkan perubahan kerajaan, beban hidup dengan naik harga minyak menyebabkan majikan ini gulong tikar dan terus membiarkan pekerja ini sengsara.
Kes mereka bakal di sebut pada 25hb. Ogos ini dibantu secara percuma oleh MTUC Pulau Pinang.
Hulurkanlah sumbangan anda untuk pilihanraya kecil ini [ klik di bawah ]