|
PERMATANG PAUH 17 Ogos - Dikala banyak pihak termasuk Persatuan Peguam Syarie mempertikaikan tindakan Saiful bersumpah diluar Mahkamah Syariah, Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak begitu ghairah mempertahankan tindakan Saiful supaya menghormati tindakan yang sekali gus menghina agama.
Begitulah kenyataan yang dipetik oleh beliau terhadap komen yang diberikan kepada Bernama.
"Kalau hendak bersumpah cara Islam hendaklah melalui Mahkamah Syariah" jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media pagi tadi.
Sementara Tuan Guru Haji Hadi turut menyelar tindakan bersumpah dengan Quran adalah bukan cara yang diamalkan Islam sebaliknya meniru cara Kristian.
Bagi orang yang bersumpah dengan menuduh orang lain berzina seperti Saiful, adalah tidak terlepas tanggungjawabnya sekadar bersumpah dan beliau hendaklah dicabar keterangannya dan dibuktikan tuduhannya itu berwibawa.
Perakuan bersumpah Saiful adalah dibuat secara terdesak oleh Barisan Nasional, kerana banyak pihak telahpun menilai bahawa bukti dan keterangan pertuduhan ke atas DSAI sekarang adalah amat lemah.
|