|
(Malaysia Kini) Sebuah badan pemantau pilihanraya akan menghantar 10 wakilnya bagi mengawasi penjalanan pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos ini.
Sepuluh pemantau itu akan memberikan tumpuan pada hari mengundi, tempoh berkempen dan pembuangan undi.
Institut Integriti Pilihanraya Nasional (NIEI) juga mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja kerana kemungkinan besar pemilih tidak sempat ke tempat pembuangan undi.
Sementara itu, sekumpulan pelajar Universiti Malaya ingin turut terlibat dalam kehangatan pilihanraya kecil parlimen itu.
Kumpulan itu yang dikenali Gerakan Pro-Mahasiswa Nasional akan mengumumkan sikap mereka terhadap beberapa isu dan program mereka di kawasan parlimen tersebut.
|